July 12, 2019

Saringan HIV (HIV Test) di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam

Hai, Assalamualaikum semuaaaa.

Aku nak share sikit steps untuk buat Saringan HIV (HIV Test) di Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 19, Shah Alam. Aku buat test ni sorang sorang je & tak pernah jejak pun kaki kat sini. Manusia punya ramai sampaikan kaunter pendaftaran pun aku tak nak nampak. Kehulu kehilir jugak lah masa tu. 
Ni aku amik gambar jadual & waktu untuk buat hiv test. Kena tanya di KK masing masing ye. Waktu & jadual untuk setiap KK berlainan. 


So masa korang masuk pintu utama KK tu, kaunter pendaftaran 4 atau 4A dia blah kanan. Sebenarnya 4A dengan 4 tu sama je. Tapi kat kaunter tu dia tulis 4A. So aku confuse sikit masa tu. 


Ni Kaunter Pendaftaran Pesakit Luar. Ada 4 kaunter. Kaunter 4A yang hujung tulis closes tu. 


Amik borang di Kaunter 4A pukul 10 pagiDatang awal pun tak guna sebab dia tak kan bagi borang awal. Nanti dia annouce borang dah boleh amik, baru boleh amik. Pukul 9.50 kau terpacak je depan kaunter tu. Standby lah bawak pen sesiap. Senang tak payah tunggu turn nak isi borang.

So lepas amik borang, isi borang dulu sesiap baru amik nombor & tunggu nombor panggil. Tak banyak pun kena isi. Satu page aje. 

Nombor dah panggil, pergi ke kaunter 4A & bayar RM1. 

Dah settle bayar, nanti dia suruh letak borang kat depan bilik 18 (ada bakul gantung depan bilik tu) & tunggu nombor dipanggil. Uolls tanya aje mana bilik 18 untuk mudahkan urusan uolls. Daripada uolls terpinga pinga cari mana bilik 18. Iolls memang tak malu sikit nak tanya tanya ni.

Nombor dah panggil nanti masuk dalam bagi ic & amik darah.

Lepas tu dia suruh tunggu kat luar KK tempat van ambulans. Kalau tak tahu mana tempat ambulans tu tanya je dia. Aku pun tak tahu sebab first time masuk KK ni. Berkicap jugak lah tunggu tapi tak lama sangat lah. Dalam 20 - 30 minit kot tunggu. 

Then diorang akan pulangkan semula salinan borang tadi tu untuk kita submit ke pejabat agama. Settle. 

Borang tu dapat sekeping aje. Aku sampai msg kawan aku yang baru kahwin hari tu siap tanya "memang begini je ke result dia? Takde tulis positive ke negative ke" hahahaha. Then kawan aku cakap kalau Doctor sign tu kira lepas lah tu. Kalau positive nanti akan ada saringan lain.
So settle satu hal. Tak lama pun rupanya nak buat Saringan HIV (HIV Test) ni. Sejam je. Aku punya gores kupon sampai 4 keping untuk 4 jam. 


KK Seksyen 19 ni takde parking tau. Kau kena parking kat kedai kedai. So jangan lupa letak kupon kalau tak nak kena saman. 



Okay itu je kot. Saja cerita kat sini sebab aku pun before pergi, gigih google & tanya kawan prosedur nak buat bendalah ni. Nak tunggu KK tu angkat call, berhuhuhu lah. Tak cukup staff kot. Plus, berapa ramai manusia pulak kat KK tu. 
Eh lupa. Ni maklumat tambahan. Kalau korang dari negeri lain (contoh KL) nak buat Hiv test kat sini, kena dapatkan borang pengesahan dari pejabat agama dulu baru boleh buat Hiv test ni. Refer lah pejabat agama dulu. InsyaAllah diorang senang angkat call. 

Okay good luck untuk bakal pengantin & semoga dipermudahkan segala urusan :)